PoP!!!..Sakitnya Lutut ku….
Thursday, December 28th, 200614 tahun yang lepas….masa tu umur aku 13 tahun …form 1…..
aku dah masuk asrama….sonok gak masuk asrama ni….kita bleh jadi berdikari..kecik2 sumer pun buat sendiri…
Hmm..masa aku kat MRSM terendak…sumer sukan pun aku main…
yang best ada geng plak tu…geng2 sukan aku..Mar and Fizah…
Asik muka kitaorg jela yang masuk sumer game..best gak..bleh ponteng sekolah hehehe..terutama time kena pergi MSSD and MSSM…
Satu hari tu kitaorg ada netball game…masa tu setakat lawan antara rumah jer…takderla lawan negeri ke haper ke…macam yang lain2 game kitaorg main..
Aku bleh dikatakan lincah la jugak..ops dulula..skrg dah berat…So aku jadi C ( Centre )…berlari kesana kemari…stamina kuat..time muda2 dulu..hehehe…
Court kat tengah-tengah antara asrama perempuan, balai pelajar and bangunan koop ( apa ntah nama bangunan tu aku dah lupa)…main..ditontoni oleh ramai pelajar..yela masing2 nak sokong umah sukan masing2..masa tu seingat aku…perlawanan akhir antara Rumah Muzaffar ( Merah ) VS Rumah Mansur ( Kuning )…
Perlawanan sengit…tetiba bola datang kat aku..aku dengan tangkasnya berdiri sebelah kaki ( Netball la katakan )…tetiba C umah Muzaffar datang kat aku nak rebut bola sekali…tetapi dengan tak sengaja..tersepak lutut belah tepi kaki kiri aku…
Allahuakbar..sakitnya…"PoP" dengar bunyi meletop lutut aku tu…Aku tak ingat apa..Trus jatuh ke tanah…Dunia jadi gelap…sakit dia tak terkata…Telinga aku terngiang2 bunyi penyokong2 umah aku jerit.." Zaitie wanted…" huh…wanted tak wanted…kaki blah kirir aku dah rasa kebas semacam jer…Aku pitam…sbb sakit sangat…ada dalam 5 minit aku terbaring kat court tu..tetiba dengar suara Fizah kot..cakap..kat senior2 aku.." Akak saya rasa dia ni bebetol sakit kot sebab air mata dia meleleh..biasa dia kalau setakat cedera ckit2 bley bangun lagi" senior2 datang kat aku…nak papah aku bangun…
Tp sekali lagi "PoP!!" berbunyi lagi lutot aku and rebah kali ke-2….Seingat aku time tu Kak Af and Kak Nani yang dok papah aku bangun..Diorg berdua cuak..sebab dengar bunyi lutot aku tu…
Diorg pun ramai2 pi carik selimut tuk angkat aku…huh..seksa time tu..aku sakit sangat sampai tak cakap apa2…senior2 pakat nak anta aku pergi hospital…aku taknak…degil..hahaha….
Dah 4 hari aku terbaring…siap kena duduk asrama bawah sebab lutut aku membengkak sampai tak nampak mana tempurung lutut..huh..kelakar pun ada..ngeri….pon ada…
Yang tragisnya..aku tak talifon mak pun..warden nak talifon pon aku tak bagi…aku malas nak risaukan mak bapak aku…setelah dipujuk2 oleh senior2 and geng2 aku..tok ke sepital..aku pun pergi…la..
Hospital Kem Terendak Melaka….Hmm..lama tunggu baru dapat masuk…Kaki kiri aku di pulas2..di tarik kedepan..kekiri..and kekanan….huh..sakitnya tak terkata..rasa aku nak menangis…apa doktor buat dia just bagi injection..x-ray pun tak..pastu bagi ubat tahan sakit…balik la aku ke asrama…
Agak2 dekat 2 mgu kaki aku bengkak..Bulan depannya start sukan Tara..seperti tahun2 sebelumnya..aku pun buat latihan lari 100m….Pecut..punya pecut…baru 50 meter…"Pop!!!" lutut aku bunyi lagi ad sekali lagi rebah ke tanah…
Masa tu..baru la aku tau…yang aku takleh berlari pecut lagi..:(…..
Chapter 2….sambung esok……